Thursday, 26 July 2018

Sandakan Short Trip

Ini last week punya cerita pada 21hb dan 22hb July 2018.
 Dimana aku dan kawan-kawan ber"short trip" ke Sandakan.
Pengalaman pertama aku driving paling jauh buat masa ini.


Alang-alang ke Sandakan boleh lah singgah makan di Lanun Cafe ni... Tak perlu pun jadi “lanun” untuk makan di sini... Just jadi ”diri sendiri” saja.. Dan, jangan risau dalam ni pun tak ada orang lanun yang ada cuma orang lapar... Ok! Mahu tahu lebih lanjut, sila datang sendiri.
#iklantakberbayar
#sandakanfood
#sandakantrip






Rumah Agnes Keith sebahagian warisan Sandakan
Rumah terletak di Jalan Istana, Sandakan itu suatu ketika dulu pernah didiami penulis, Agnes Newton Keith yang menghasilkan karya Land Below The Wind pada 1939 hingga memasyhurkan Sabah di mata dunia.
 FAKTA:
- Agnes Keith House terletak di Jalan Istana, lima minit dari bandar Sandakan
- 10 kilometer dari Lapangan Terbang Sandakan
- Tambang bas dari bandar Sandakan 50 sen, manakala RM5 bagi teksi untuk perjalanan sehala
- Dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 5 petang
- Yuran masuk bagi warga Malaysia RM2, manakala RM15 bagi pelancong asing
- Kemasukan percuma bagi pelajar berpakaian seragam, orang kurang upaya, warga tua dan pemandu teksi.



BAGAIKAN berada di era kolonial sebaik melangkah masuk ke rumah kayu berwarna putih yang tersergam indah di atas bukit menghadap teluk dan laut Sulu. Bermula jam dinding jenama Monthe buatan Jerman, hingga peti sejuk lama Kelvinator dan radio hitam Bush buatan London, semua barangan antik rapi itu menggambarkan kemewahan masa lampau.

Di tingkat bawah, terdapat ruang tamu serta dapur dengan ruang makan yang sangat luas. Sementara itu di tingkat atas, terdapat bilik tidur utama dan bilik tamu yang kini dijadikan ruang teater selain bilik bacaan dan galeri mini bergambar memaparkan perjalanan hidup Agnes terutama ketika menetap di Sandakan.


Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah Agnes Keith? Apakah istimewanya wanita itu sehingga namanya diabadikan pada rumah berkenaan sedangkan mengikut senarai yang dipaparkan, rumah itu pernah dihuni 26 individu lain.
Agnes dilahirkan pada 6 Julai 1901 di Illinois, Amerika Syarikat. Sejak zaman remaja, dia gemar menulis cerita fiksyen menggunakan pelbagai nama samaran. Karyanya banyak disiarkan dalam beberapa majalah terkemuka termasuk Reader’s Digest.
Malah, selepas menamatkan pengajian di University Of California, Berkeley, dia bertugas sebagai wartawan dengan The San Francisco Examiner pada 1924.
Selepas berkahwin dengan Harry Keith, Pegawai Konservasi Hutan yang bertugas di Sandakan pada 1934, Agnes mengikut suaminya ke Sandakan. Pada awalnya mereka tinggal di rumah bujang yang disediakan untuk Harry tapi akhirnya berpindah ke sebuah rumah lebih selesa di atas bukit.
Walaupun mereka adalah penghuni kedua tinggal di rumah itu selepas M M Clark, namun rumah itu lebih sinonim dikaitkan dengan Agnes kerana dalam rumah itu dia menghasilkan buku ‘Land Below The Wind’ pada 1939 yang menceritakan mengenai kehidupan masyarakat tempatan Sabah serta alam semula jadinya.
Buku itu turut mengalahkan 600 buku lain untuk memenangi pertandingan kategori bukan fiksyen anjuran majalah Atlantic Monthly.
Malah gelaran Negeri Di Bawah Bayu yang diberikan kepada Sabah adalah inspirasi daripada karya Agnes itu sehinggakan dia dianggap sebagai ‘duta’ negeri berkenaan.
Apabila Perang Dunia Kedua meletus, Agnes dan keluarganya pulang ke Amerika Syarikat. Namun, apabila kembali ke Sandakan pada 1946, mereka mendapati rumah itu musnah.
Ia kemudian dibina semula untuk didiami keluarga Keith di mana Agnes menamakannya sebagai Newlands. Di dalam rumah itulah terhasilnya dua lagi buku karangan Agnes berjudul ‘Three Came Home’ pada 1946 dan ‘White Man Returns’ (1951).
Pasangan itu pulang ke tanah air mereka pada 1952 namun nama Agnes terus kekal dalam ingatan masyarakat Sabah khususnya Sandakan sehinggakan apabila Muzium Negeri Sabah membina semula rumah itu, ia dinamakan Rumah Agnes Keith sebagai satu penghargaan kepadanya.
Antara catatan Agnes iaitu tinggal di rumah itu memang menjadi idamannya dan dia sangat gembira sepanjang menjadi penghuninya.
Namun Agnes tidak lupa mencatatkan pengalaman seram yang sering dilalui sepanjang tinggal di rumah berkenaan.
Agnes menulis: “Saya tidak percaya pada hantu. Tetapi setiap hari saya melihat seorang wanita tinggi lampai mengucapkan selamat tinggal kepada suaminya, mengambil bayinya dan turun ke jalan seorang diri, berdiri di hujung jalan dan menoleh ke belakang.”
Malah, pengalaman seram turut dialami seorang lagi penghuni, Rosemary, isteri kepada G L Carson yang menetap di situ selama 12 tahun (1955-1967). Rosemary tinggal seorang diri ketika suaminya bertugas di Kota Kinabalu.
Menurut Rosemary, dia terbangun pada waktu Subuh dan terdengar pintu di bilik hujung rumah ditutup beberapa kali, diikuti bunyi orang berjalan menuju ke biliknya.
Apabila dia membuka mata, Rosemary mendapati satu lembaga wanita berdiri di hujung katil sambil memerhati ke arahnya. Dia tidak mengetahui apa yang berlaku kerana selepas itu dia pengsan.
Seorang pembantu rumah yang bekerja ketika Tom Bayles tinggal di situ pada 1967 hingga 1968 pula terserempak dengan wanita sedang berdiri di anak tangga.
Banyak lagi catatan dalam bentuk majalah yang dipamerkan di satu sudut rumah itu yang menceritakan kejadian seram dialami penghuni rumah berkenaan.
Ia membuktikan di sebalik keunikan serta sejarahnya, Rumah Agnes Keith turut menyimpan cerita misteri yang pastinya menjadikan ia lebih menarik untuk dikunjungi.
Mungkinkah suatu hari nanti, cucu cicit Agnes akan kembali ke sana untuk menyaksikan sejarah yang ditempa oleh ahli keluarganya? Tiada siapa yang tahu.

Aku

"Bila ku jenguk hari muka, diri bertanya..
Di manakah aku? Siapakah aku? Bagaimanakah aku?
Tapi buntuh, aku tak tahu...
Bila aku melangkah, rasa ku tak mahu berhenti,
Malah kekadang ku ingin berlari,
Orang memandang, bertanya dihati.. kenapa? Mengapa?
Aku tersenyum... gila? Kecewa? Bukan,
Tapi aku bahagia.
Ingin ku kejar kejayaan ku, akan ku teruskan perjalanan ini
Kerana ia akan menentukan di mana aku
Di masa depan."

#favpoem when I was 17th


Percubaan

Hello,

Ini kali pertama saya menulis dalam blog... Actually, I still have nothing to share yet. Otak masih beku hahaa... maklum lah sudah lama tidak menulis karangan. Kadangkala banyak benda terlintas difikiran... banyak idea yang menjelma.. tapi bila start mau luahkan tak tau pula mahu mula dari mana... huhu...
Baiklah, ini hanya percubaan... InsyaAllah saya akan membuat blog saya ni menarik... supaya pembaca tidak boring hehe...
See U again!

                                                                        Chengsuri


Thank you, X. For the good Next.” Allah mempertemukan untuk satu alasan. Entah untuk belajar atau mengajarkan. Entah hanya ...