Dalam dunia ini, semua benda bergerak dalam zon masa masing-masing.
Ada yang masih single tetapi berpeluang menikmati keinginannya.
Ada yang sudah kahwin bertahun-tahun tetapi masih belum punya anak.
Ada yang baru kahwin sebulan lepas, bulan kemudian telah mengandung.
Ada yang tamat belajar diusia muda tetapi terpaksa menunggu bertahun-tahun sebelum mendapat kerja tetap.
Ada juga yang tamat belajar lambat tetapi lepas tamat belajar, terus mendapat kerja jawatan tetap.
Ada yang berjaya diusia muda, menjadi CEO tetapi umur tidak panjang.
Ada yang sudah tua baru nampak kejayaan, tetapi memiliki umur panjang.
Zon masa kita semua tak sama.
Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya kerana melihat orang lain lebih berjaya.
Sebenarnya, masa kita belum sampai.
Ada yang berada di 'depan' kita. Tapi ada juga yang berada di 'belakang' kita.
Semua orang bergerak dalam laluan yang berbeza pada zon masa yang berlainan.
Allah ada perancangan berbeza untuk kita semua.
Jangan dengki, jangan sakit hati, jangan sedih.
Mereka bergerak dengan zon masa mereka dan kita pun ada zon masa kita sendiri.
Kita tidak terlewat
Kita juga tidak mendahului
Kita hanya berada di masa yang tepat.
Jangan stress.
Percaya bahawa perancangan Tuhan jauh lebih baik.